Searching...
Sunday, 29 November 2015
06:34 0

“Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,''-kes buli pelajar seperti anjing..lihat video ini



RAKAMAN video pelajar lelaki yang dibuli dan diperlakukan seperti binatang oleh beberapa individu menjadi viral di laman sosial.
Rakaman yang dimuatnaik di laman Facebook Friends Of PDRM itu, dipercayai dirakam di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Menerusi video, mangsa yang berpakaian kemeja putih kelihatan diikat tangannya di belakang badan sebelum ditampar berulang kali dan ditumbuk di tubuh dan muka oleh beberapa individu.
Mangsa yang diikat dengan rantai di lehernya turut diseret oleh salah seorang pembuli.
Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,” kedengaran perbualan antara dua lelaki yang turut terakam.
Dua lelaki lain yang berpakaian kemeja putih turut kelihatan merangkak menggunakan perut, pada saat-saat akhir rakaman video itu, dipercayai juga mangsa buli.
Menurut info, perbuatan buli ini dilakukan oleh pelajar-pelajar senior kepada pelajar yang baharu memasuki IPT terbabit.
Video kejadian mendapat kritikan netizen yang terkejut dengan tingkah laku buruk secara beramai-ramai itu.
Pengguna Facebook, Norhasrizatun Nani meluahkan rasa terkejutnya terhadap tindakan keganasan dan mengkritik mereka yang merakamkan video itu yang disifatkan hanya menjadi penonton.
Saya tak faham dengan orang zaman sekarang, merakam sesuatu tanpa membantu. Menyakitkan hati betul dengan pemikiran orang seperti ini,” tulisnya di ruangan komen video.
Seorang lagi pengguna, Fakhrul Radzim berkata, “Saya tidak percaya mereka boleh memperlakukan orang lain seperti itu.”
“Tengok bahagian akhir video, pelajar terpaksa merangkak menggunakan perut. Teruk kena buli, ini mesti pelajar baru,” komen pengguna Facebook, Mohd Faizal Redzuan yang kemudian membuat kesimpulan bahawa perbuatan buli adalah sebahagian daripada perkara biasa dilakukan di IPT itu.
– MYNEWSHUB.CC
06:05 0

Pelajar rajin ke sekolah kerana dapat guru paling cantik di Korea..Lihat gambar dan video ini.

SEOUL – Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.
Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.
Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.
Wanita bernama Lee Nayeong tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik paling cantik di Korea Selatan.
Umumnya selama ini, kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.
Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang manis secara semula jadi itu.
Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan yang terkenal, Miss Korea.
Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
lee nayeong1
lee nayeong2
lee nayeong3
Thursday, 31 October 2013
07:57 1

Bola Sepak Kita Takkan Maju Kalau Pahang Juara Piala Malaysia

final-piala-fa
(Ini bukan pandangan Berita-harian.net tetapi pandangan bloghttp://negarapakatanrakyat.blogspot.com)
Sabtu ini akan berlangsung perlawanan akhir di antara pasukan Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam. Ketika ramai melihat perlawanan tersebut sebagai pertembungan antara 2 negeri berjiran, aku pula melihat perlawanan itu turut membawa bersama idealogi politik yang diwakili kedua negeri berkenaan.
Dengan Kelantan membawa mesej PAS/Pakatan Rakyat dan Pahang membawa mesej UMNO.
Walaupun orang kata perlawanan bolasepak di Malaysia ini lebih rendah tarafnya dari permainan budak sekolah, tapi itu nampaknya tidak menghalang para peminat berpusu-pusu membanjiri stadium untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.
Aku sendiri pun hairan dan tak faham kenapa boleh jadi macam itu, tapi dah memang resmi macam itu kot, lagipun apa pilihan yang ada untuk peminat bolasepak disini?
Maka itu, peluang ini kalau tidak diambil oleh parti politik sebagai medium mengembangkan pengaruh parti, aku katakan parti politik berkenaan amatlah bodoh dan bebal sekali.
Justeru, aku rasa adalah lebih baik kalau Kelantan terus diberi peluang untuk menyimpan Piala tersebut di Kota Bharu. Sebab kita mahu rakyat tahu hanya Pakatan Rakyat sahaja yang tahu bagaimana mahu memajukan sukan bolasepak di negara kita.
Bukan UMNO ataupun Khairy Jamaludin sebagai Menteri Sukan yang baru.
Walaupun KAFA (Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan) diterajui oleh orang UMNO, Tan Sri Annuar Musa, tapi itu bukan halangan kenapa Pakatan Rakyat tidak boleh mendapat kredit …TERUSKAN MEMBACA DI NEGARAPAKATANRAKYAT (KLIK)
07:47 0

Nak Berperang Ke Apa? 2,000 Polis Berkawal Perlawanan Akhir Piala Malaysia

pdrm
SHAH ALAM — Kira-kira 2,000 anggota polis akan bertugas
mengawal trafik dan keselamatan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara
Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam Ahad ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka akan
dibantu kira-kira 500 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ikatan Relawan
Rakyat Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Kami akan pastikan keselamatan penonton dan meminta kerjasama daripada
penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan serta
jangan membawa barang larangan masuk ke dalam stadium.
“Pihak polis akan menahan mereka yang melakukan kesalahan selain memantau
kegiatan jualan tiket palsu pada hari perlawanan,” katanya dalam sidang media di
Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.
Beliau berkata penonton akan diperiksa dengan menggunakan alat pengimbas
yang akan dibantu unit kawalan anjing di semua pintu masuk stadium.
Abdul Rahim berkata kedudukan penyokong kedua-dua pasukan akan diasingkan
iaitu Kelantan di bahagian kiri (menggunakan pintu A dan D) pintu masuk utama
dan Pahang di bahagian kanan (menggunakan pintu B dan C).
“Begitu juga dengan tempat parkir, penyokong Kelantan dikhaskan di
bahagian sebelah pasar raya besar Giant dan Pahang di Tapak Bazarena Stadium
Malawati,” katanya.
Beliau berkata bagi penyokong yang tidak mempunyai tiket tetapi masih ingin
menyaksikan perlawanan, dua skrin besar akan disediakan di kawasan sekitar
stadium, selain satu skrin di Dataran Shah Alam yang disediakan oleh MBSA.
Abdul Rahim berkata pintu masuk akan dibuka pada pukul 3 petang dan penonton
boleh hadir lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Sementara itu mengulas mengenai kemungkinan wujud kegiatan menjual tiket
palsu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd
Amin berkata wakil FAM akan memantau kegiatan itu dan dan memaklumkan
kepada pihak polis.
“Kesemua 75,000 tiket yang diperuntukkan habis dijual,” katanya. — BERNAMA


Sunday, 20 October 2013
08:44 0

Lorenzo Juara MotoGP Grand Prix Australia

Lorenzo muncul pelumba terpantas di Grand Prix Australia, Ahad.
BERIKUT adalah keputusan perlumbaan MotoGP Grand Prix Australia yang berlangsung pada Ahad:
1. Jorge Lorenzo, 29:07.155 saat
2. Dani Pedrosa, +06.936 saat
3. Valentino Rossi, +12.344 saat
4. Cal Crutchlow, +12.460 saat
5. Alvaro Bautista, +12.513 saat
6. Bradley Smith, +28.263 saat
7. Nicky Hayden, +32.953 saat
8. Andrea Iannone, +35.062 saat
9. Andrea Dovizioso, +35.104 saat
10. Randy de Puniet, +37.426 saat

sumber;MSTAR online
08:35 0

Keputusan Serie A

BERIKUT adalah keputusan perlawanan Serie A:
Fiorentina 4 - 2 Juventus
Livorno 1 - 2 Sampdoria
Verona 3 - 2 Parma
Genoa 2 - 1 Chievo
Sassuolo 2 - 1 Bologna
Atalanta 2 - 1 Lazio
AC Milan 1 - 0 Udinese
Cagliari 2 - 1 Catania

mstar online