Searching...
Saturday, 17 August 2013
19:12 0

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris

BERIKUT adalah jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad:
C.Palace vs Tottenham 8.30 mlm (Astro 812)
Chelsea vs Hull 11 mlm (Astro 816)
Man City vs Newcastle 3 pagi (Isnin), (Astro 810)
sumber:mstar online
19:10 0

Moyes & United Mulakan Kempen Musim Baru Dengan Penuh Bergaya

PENGURUS baru Manchester United, David Moyes memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris dengan penuh bergaya apabila pasukan bimbingannya yang dibarisi bintang-bintang musim lalu menumpaskan Swansea City 4-1 lewat malam tadi.
Malah pemain kontroversi yang secara rasmi memohon agar disenaraikan dalam senarai perpindahan Wayne Rooney turut menyumbang peranan penting dalam dua gol terakhir United yang dijaringkan oleh Robin van Persie dan Danny Welbeck.
Kedua-dua pemain berkenaan sebelum itu menyumbangkan dua gol pendahuluan untuk United.
Gol konsolasi Swansea dijaringkan oleh Wilfried untuk mengurangkan defisit kekalahan.
Pengurus Swansea, Michael Laundrup berkata selepas perlawanan itu, yang membezakan pasukan mereka dengan United ialah sentuhan akhir para penyerang United.
"Dua gol yang dijaringkan oleh van Persie adalah gol bertaraf dunia dan itulah yang membezakan permainan antara kami dengan United walaupun untuk setengah jam pertama kami yang menguasai permainan tapi tidak dapat menyempurnakan serangan," katanya.
Sementara itu, Rooney yang dimasukkan mengantikan kuda tua berusia 39 tahun, Ryan Giggs, pada minit ke-61, kelihatan 'enggan' meraikan dua jaringan gol terakhir dengan rakan-rakan sepasukannya.
Dia bermain dengan penuh semangat termasuk melakukan gerakan kameo yang menarik dari sebelah kiri ke kanan bagi mengelirukan para pemain pertahanan Swansea sekaligus memudahkan van Persie meloloskan diri untuk menjaringkan gol ketiga United.
Begitu juga apabila dia menghantar bola kepada Welbeck untuk menjaringkan gol keempat United, Rooney tidak kelihatan menyerbu ke arah rakan-rakan sepasukannya untuk meraikan jaringan tersebut.
Sebaliknya dia berseorangan berjalan di atas padang.
Moyes yang membariskan pemain-pemain yang pernah menjadi plihan utama bekas pengurus Sir Alex Ferguson telah membuktikan yang dia bukanlah pilihan yang salah untuk mengantikan lagenda bolasepak Britain itu.
Malah dia tidak menjejaskan formasi pasukan itu yang telah memenangi kejuaraan liga yang ke-13 untuk Ferguson musim lalu dengan mengekalkan susunan berlian 4-4-1-1 dengan van Persie bertindak sebagai penyerang solo diikuti oleh seorang penyerang sokongan iaitu Welbeck dan Tom Cleverly bertindak sebagai perancang tengah dengan sokongan Giggs.
Malah barisan pertahanan United dibarisi oleh tiga pemain veteran yang telah berusia lebih 30 tahun iaitu kapten Nemanja Vidic, Patrice Evra dan Rio Ferdinand namun usia tidak sedikit pun menjejaskan pergerakan mereka.
Tetapi bukan mereka sahaja pemain yang berusia yang berada di atas padang. Giggs yang juga merupakan jurulatih sokongan United akan menyambut ulang tahun yang ke-40 tidak lama lagi bermain selama 60 minit sebelum digantikan oleh Rooney.
Malah seorang lagi pemain tengah, Michael Carrick yang juga telah mencecah umur 30 tahun bermain penuh 90 minit.
SENARAI PEMAIN SWANSEA: Vorm 6; Rangel 6, Flores 6, Williams 5, Davies 6; Britton 6 (Bony 46, 6),Canas 5 (Ki 76, 6), Shelvey 7, Dyer 6, Routledge 6 (Hernandez 46, 6); Michu 6.
Simpanan Yang Tidak Digunakan: Tremmel, Amat, Pozuelo, Taylor.
Gol: Bony Wilfreid, 82.
SENARAI PEMAIN UNITED:De Gea 6; Jones 6, Ferdinand 6, Vidic 6, Evra 6; Valencia 6, Carrick 7, Cleverley 7, Giggs 6 (Rooney 61 6); Welbeck 8, Van Persie 8 (Anderson 86).
Simpanan Yang Tidak Digunakan: Lindegaard, Smalling, Fabio, Kagawa, Zaha.
Gol: Van Persie 34, 72, Welbeck 36, 90.
Jumlah penonton: 20,733
sumber:mstar online
19:09 0

09:11 0

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris

BERIKUT adalah jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu:
Liverpool vs Stoke 7.45 mlm (Astro 810)
Arsenal vs Aston Villa 10 mlm (Astro 812)
Norwich vs Everton 10 mlm (Astro 816)
Sunderland vs Fulham 10 mlm (Astro 811)
West Brom vs Southampton
West Ham vs Cardiff 10 mlm (Astro 810)
Swansea vs Man United 12.30 pagi (Ahad)- (Astro 810)
sumber: Mstar online
09:08 0

Liverpool Buka Tirai Aksi EPL Dengan Kemenangan

Mignolet (tengah) berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Stoke.
LIVERPOOL, England: Simon Mignolet berjaya menyelamatkan sepakan penalti Jon Walter dalam penampilannya bersama Liverpool untuk membantu pasukan itu menewaskan Stoke City 1-0 pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.
Gol tunggal Liverpool dijaringkan penyerang Daniel Sturridge seawal minit ke-37.
Stoke dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Daniel Agger pada minit ke-88.
Penyerang sensasinya, Luis Suarez sekadar menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk eksekutif kerana dia masih lagi menjalani hukuman gantung 10 perlawanan selepas menggigit pemain pertahanan Branislav Ivanovic pada aksi musim lalu.
Senarai pemain:
Liverpool: Mignolet, Johnson, Toure, Agger, Jose Enrique, Gerrard, Lucas, Henderson, Aspas, Sturridge, Coutinho; (Pemain gantian: Brad Jones, Alberto, Allen, Borini, Sterling, Wisdom, Ibe)
Stoke: Begovic, Cameron, Shawcross, Huth, Pieters, Whelan, Nzonzi, Palacios, Walters, Crouch, Etherington; (Pemain gantian: Muniesa, Pennant, Jones, Wilson, Adam, Sorensen, Jerome)
sumber:mstar online
Friday, 16 August 2013
02:38 0

'Saya hanya ambil ubat batuk'

FALLANIE kini berdepan dengan penggantungan dua tahun selepas didapati positif dalam ujian doping.

PELUMBA basikal lebuh raya negara, Ahmad Fallanie Ali akhirnya tampil mempertahankan dirinya mengenai isu doping ketika beraksi pada Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2013 Jun lalu.
Meskipun ujian doping ke atasnya didapati positif, Fallanie, 30, h tetap dengan pendiriannya bahawa dia hanya mengambil ubat batuk dan bukan bahan larangan iaitu dadah jenis steroid anabolic seperti yang disahkan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).
Bagaimanapun, ujian doping yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang kandungan kodein atau dextromethorphan iaitu bahan yang terkandung dalam ubat batuk berkenaan.
Pelumba kelahiran Terengganu itu turut mempertahankan keputusannya yang enggan membuka sampel B air kencing atas alasan dia mempunyai hak berbuat demikian.
"Saya akui apa yang berlaku ini adalah disebabkan kesilapan saya kerana tidak meminta nasihat daripada Institut Sukan Negara (ISN) atau pengurus dan jurulatih pasukan.
"Pada waktu itu, saya mengalami demam selama seminggu, jadi saya memutuskan untuk mengambil ubat batuk, selesema dan demam.
"Saya tidak percaya dan sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh Setiausaha Persatuan Basikal Kuala Lumpur (PBKL) Firdaus Arshad bahawa ujian doping saya disahkan positif," jelas Fallanie kepada Kosmo! semalam.
Menurut Fallanie, surat rayuan supaya hukuman diringankan selain penjelasan sebenar mengenai perkara itu telah dihantar kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) pada 9 Ogos lalu selepas dia diberi tempoh sehingga Selasa depan (20 Ogos) untuk menjawab pertuduhan.
"Memang saya bersalah, saya terima keputusan ini tetapi pada masa sama, saya berharap hukuman yang dikenakan terhadap saya dapat diringankan kerana saya tidak tahu pengambilan ubat batuk, selesema dan demam mampu mengheret saya dengan masalah ini.
"Sekali lagi saya ingin jelaskan bahawa apa yang saya lakukan memang tidak disengajakan. Saya pergi ke farmasi seperti biasa untuk mendapatkan semua ubat tersebut," katanya.
Fallanie yang terkenal sebagai pelumba domestik, tidak menolak kemungkinan bahawa pengambilan ubat batuk secara berterusan menjadi antara faktor bahan tersebut wujud dalam air kencingnya.
"Saya tiada niat untuk mengambil bahan larangan itu, namun saya redha dengan apa jua keputusan yang akan diputuskan nanti," kata Fallanie yang patah tulang bahu kerana terlibat dalam kemalangan sebelum beraksi pada J1M 2013.
Fallanie berkata, apa yang berlaku ke atas dirinya ketika ini bukan penamat kepada kariernya dan dia akan tetap meneruskan latihan seperti biasa.
Fallanie yang dipinjamkan oleh PBKL kepada Terengganu pada J1M 2013 kini bakal berdepan penggantungan dua tahun oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Dia merupakan pelumba lebuh raya ketiga menerima hukuman berkenaan selepas Razif Salleh pada 2006 dan Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi (2009).

sumber:kosmo online
02:35 0

Rooney tunjuk petanda positif

ROONEY (kanan) beraksi ketika England menewaskan Scotland 3-2 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi semalam.

LONDON - Pengendali Manchester United, David Moyes teruja selepas penyerang kontroversi, Wayne Rooney diturunkan ketika England menewaskan Scotland 3-2 pada aksi persahabatan antarabangsa awal pagi semalam.
Moyes berkata, penampilan Rooney di Stadium Wembley itu dianggap sebagai sesuatu yang positif buat skuad The Red Devils.
Bagaimanapun, Moyes masih merahsiakan tarikh sebenar Rooney akan disenaraikan dalam skuad utamanya.
Rooney yang berhasrat untuk meninggalkan Old Trafford bagi berhijrah ke Chelsea, beraksi selama 45 minit ketika United menghadapi aksi persahabatan tertutup menentang Real Betis awal bulan ini kerana mengalami kecederaan hamstring dan bahu.
Meskipun dia tidak diturunkan ketika United menewaskan Wigan Athletic 2-0 pada Piala Piala Komuniti, jurulatih England, Roy Hodgson mendedahkan penyerang itu sebenarnya telah cergas beberapa hari sebelum perlawanan persahabatan menentang Scotland.
Rooney beraksi selama 67 minit di Stadium Wembley awal pagi semalam sebelum digantikan penyerang Southampton, Rickie Lambert.
Begitupun, Moyes enggan memberikan jaminan untuk menurunkan Rooney pada aksi pembukaan tirai Liga Perdana England menentang Swansea City awal pagi esok.
"Saya rasa, perkara paling penting ialah dia kembali beraksi di atas padang. Jadi, ia satu petanda yang baik buat kami.
"Saya harap, perlawanan ini (awal pagi semalam) dapat membantunya menjadi lebih bersedia apabila dia sudah cergas dan boleh diturunkan nanti," kata Moyes.
Moyes masih berkeras untuk tidak menjual Rooney setelah United menolak dua tawaran yang dikemukakan Chelsea ke atas bekas penyerang Everton itu.
"Semua orang mahu melihat Rooney bermain dengan baik. Dia telah berlatih dengan baik sejak awal jelajah pra-musim lalu," kata Moyes. - Agensi

Thursday, 15 August 2013
10:39 0

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris Hujung Minggu Ini

BERIKUT adalah jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL)hujung minggu ini:
17 Ogos 2013 (SABTU)
Liverpool lwn Stoke City (7.45mlm)
Arsenal lwn Aston Villa (10mlm)
Sunderland lwn Fulham (10mlm)
West Ham lwn Cardiff City (10mlm)
Norwich City lwn Everton (10mlm)
West Brom lwn Southampton (10mlm)
Swansea City lwn Man United (12.30 pagi)
18 Ogos (AHAD)
Crystal Palace lwn Tottenham (8.30mlm)
Chelsea lwn Hull City (11mlm)
sumber:Mstar online