Searching...
Wednesday, 21 August 2013
08:29 0

Jurulatih Penjaga Gol Tunjuk Kemaluan Kerana Tidak Puas Hati

Jurulatih Penjaga Gol Tunjuk Kemaluan Kerana Tidak Puas Hati
1738099herman780x3901
Bekas jurulatih penjaga gol kebangsaan Indonesia memohon maaf kerana keterlanjuran beliau menunjukkan kemaluan setelah tidak berpuas hati dengan petugas perlawanan bola sepak. Kekecewaan beliau dalam perlawanan tersebut membuatkanya hilang pertimbangan. Apa pun beliau telah memohon maaf .
Artikel bekas jurulatih penjaga gol tunjuk kemaluan:
JAKARTA, KOMPAS.com – Jurulatih penjaga gol PSBangka, Hermansyah, secara terbuka meminta maaf,khususnya kepada masyarakat Bangka Belitung dan pencinta bola sepak Indonesia pada umumnya.
Hermansyah tertangkap kamera wartawan menunjukkankemaluannya ketika terjadi cekcok antara dirinya dan salah seorang panitia pelaksana pertandingan PSISSemarang melawan PS Bangka di Stadium JatidiriSemarang, Senin (19/8/2013).
Menurut Hermansyah, hal tersebut terjadi akibatpengumpulan kekecewaan. Pasalnya, dalam kejadiantersebut, mulai dari penonton, pengadil, hingga panpelmemperolok PS Bangka. Namun, terlepas dari hal tersebut, dia menyedari perbuatan yang ia lakukan adalah contoh buruk dan berharap tidak ditiru.
“Saya peribadi menyedari kesalahan yang saya lakukandan merupakan contoh buruk, tetapi semua itu keranasangat kecewa PS Bangka dikerjai melewati batas,” kataHermansyah.
08:24 0

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah Peringkat Play-Off



BERIKUT adalah keputusan Liga Juara-Juara Eropah peringkat Play-Off yang berlangsung awal pagi Rabu:
> Lyon 0-2 Real Sociedad
> PSV 1-1 AC Milan
> Plzen 3-1 Maribor
> Pacos Ferreira 1-4 Zenit St Petersburg
> Shakhter Karagandy 2-1 Celtic

sumber:mstar online
08:19 0

Liga India: Chong Wei Pamer Aksi Terbaik



NEW DELHI: Datuk Lee Chong Wei yang mewakili pasukan Mumbai Master pada Liga Badminton India (IBL) membawa pasukannya menang empat dari lima perlawanan menentang pasukan Krrish Delhi Smashes di Kompleks Sukan Mumbai.
Beliau membantu pasukannya berada di kedudukan teratas liga yang mengandungi enam pasukan dengan memungut 11 mata, diikuti Hyderabad Hotshots yang juga memungut 11 mata.
Pune Pistons berada di tangga ketiga dengan sembilan mata.
Chong Wei memberi mata sulung kepada pasukannya menerusi acara perseoranganlelaki ketika menentang pemain Krrish Delhi Smashers, Daren Liew juga dariMalaysia 21-12, 21-16 serta mata kedua menerusi acara beregu lelaki.
Dalam acara beregu, beliau yang berpasangan dengan pemain Denmark, Tine Baun mengalahkan pasangan Krrish Delhi Smashers, V.Diju/Prajakta Sawant 21-18, 15-21dan 11-5.
"Perlawanan yang baik. Saya sangat gembira, kemenangan ini sangat pentingbuat saya dan dapat memberi mata kepada pasukan saya," kata Chong Wei selepaspermainan sulungnya itu.
Rashid Sidek merupakan jurulatih Krrish Delhi Smashers.
Chong Wei tidak bermain ketika pasukannya menentang Banga Beats di NewDelhi dan menentang Pune Pistons di Lucknow.
Aktor terkenal India, Akkineni Nagarjuna dan bekas pengurus pasukan kriket Vankina Chamundeswaranath memiliki pasukan Mumbai Masters.
Chong Wei dibawa untuk bermain di IBL dengn bayaran US$135,000.-BERNAMA
Tuesday, 20 August 2013
04:17 0

Scott Parker Tolak QPR & Pilih Berpindah Ke Fulham

Scott Parker
PEMAIN England, Scott Parker memutuskan untuk menolak pelawaan menyertai QPR yang kini dikendalikan oleh bekas bosnya di Tottenham Hotspurs dengan menandatangani kontrak tiga tahun bersama sebuah lagi kelab London, iaitu Fulham.
Pengurus QPR Harry Redknapp, cuba memujuk Parker agar menyertainya dalam kempen untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris setelah kelab itu tersingkir ke divisyen lebih bawah.
Sebaliknya Parker, 32, membuat keputusan untuk menyertai kelab pimpinan Martin Jol dengan harapan ia akan dapat membuka peluang yang lebih cerah baginya beraksi bersama skuad England pada Piala Dunia tahun depan di Brazil.
Fulham kini merupakan kelabnya yang kelima. Untuk rekod, kelima-lima kelab ini adalah kelab yang berpusat di kota London.
Parker memulakan kerjayanya di Charlton sebelum berpindah ke Chelsea. Dia kemudian dibeli oleh Newcastle, tetapi selepas itu berpindah pula ke West Ham di mana dia mencipta nama sebagai pemain tengah sehingga dipilih sebagai pemain terbaik tahunan oleh Persatuan Penulis-Penulis Bolasepak England.
Apabila West Ham tersingkir dari Liga Perdana, Parker berpindah ke Spurs dan di situ bintangnya terus cemerlang sehingga dilantik sebagai kapten England dalam perlawanan menentang Belanda.
Pada aksi Euro 2012, Parker bermain dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan. Keseluruhannya Parker mewakili England sebanyak 18 kali dan bermain dalam lebih 300 perlawanan liga perdana.
PROFIL KERJAYA BOLASEPAK SCOTT PARKER:
> Charlton (1997-2004)
> Chelsea (2004-2005)
> West Ham (2007-2011)
> Tottenham (2011-2013)
> Fulham (2013)

sumber: Mstar online
04:14 0

Hernandez Mahu Kekal Di Manchester United

Hernandez mahu terus bersaing di United.
WAKIL Javier Hernandez mengesahkan penyerang Manchester United menolak tawaran beraksi dengan Valencia.
Sebelum ini Valencia turut mengikat pemain Real Zaragoza, Helder Postiga, dan ejen Eduardo Hernandez berkata: "Valencia sangat berminat degan Javier.
"Saya boleh berbincang dengan pengarah kelab tetapi Javier memutuskan sendiri untuk berada di Manchester.
"Manchester United adalah cabaran baginya. Ia bukan disebabkan duit. Dia mahu bermain dan mendapat peluang di United.
"Dia sedar tentang persaingan yang ada di sini dan perlu berjuang setiap hari untuk mendapatkan tempatnya, bermula di bilik persalinan sehinggalah ke padang.
"Tetapi dia tidak takut. Javier ada memberitahu kepada saya bahawa dia menjadikan situasi ini sebagai motivasi.
Pemain antarabangsa Mexico itu berjaya menjaringkan tiga gol pada aksi Piala Konfederasi sebelum ini, namun itu tidak menjadikan dia sebahgaian daripada skuad United ketika aski Liga Perdana Inggeris bertemu Swansea City Sabtu lalu.
sumber:mstar 
Monday, 19 August 2013
08:29 0

Keputusan Liga Terkini

Liga Perdana Inggeris
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Ahad:
Chelsea 2 -0 Hull City 0
Crystal Palace 0-1 Tottenham Hotspur

Keputusan Liga Jerman
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Bundesliga Jerman:
Nuremberg 2-2 Hertha Berlin 2
Borussia Dortmund 2-1 Eintracht Braunschweig

Keputusan La Liga Sepanyol
BERIKUT adalah keputusan perlawanan La Liga Sepanyol:
Barcelona 7-0 Levante
Real Madrid 2-1 Real Betis
Osasuna 1-2 Granada 2

Keputusan Liga Portugal
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Portugal:
Sporting Lisbon 5 (Dos Santos Nascimento 31, Montero 38, 70, 86, Wilson 66) Arouca 1 (Amaro 19)
Gil Vicente 2 (Moraes 6-pen, Martins 90) Academica Coimbra 0
Belenenses 0 Rio Ave 3 (Braga 4, Rodriguez 56, Yonatan Del Valle 89)
Marítimo Funchal 2 (Dias Marnho 45-pen, Sami 78) Benfica 1 (Rodri 51)
Vitoria Setubal 1 (Rafael Martins 14) FC Porto 3 (Josué 49, Quintero 63, J. Martinez 88).

Keputusan Liga Perancis
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Perancis:
Monaco 4-1 Montpellier
Lorient 2-1 Nantes
Paris Saint Germain 1-1 Ajaccio 1

Keputusan Liga Belanda
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Belanda:
Ajax 2-1 Feyenoord
Heerenveen 2-4 Heracles
NAC Breda 1-2 Den Haag

sumber:mstar online



08:23 0

Olahraga Dunia: Bolt Cipta Hatrik Di Jerman

Bolt (tengah) menamatkan larian terakhir dalam acara 4x100m lelaki di Stadium Luzhniki.
JAGUH pecut dunia, Usain Bolt mencatat rekod emas hatrik pada Kejohanan Olahraga Dunia dengan menyaksikan kejayaan dalam acara 4x100 meter di Stadium Luzhniki, awal pagi Isnin.
Selepas menjuarai acara 100m dan 200m, atlet Jamaica mempamerkan larian mudah dalam acara 400m sebagai pelari terakhir.
Kejayaan ini melengkapkan rekod sejarah terbaik dunia dengan gandingan Nesta Carter, Kemar Bailey-Cole, Nickel Ashmeade sekaligus mencatat masa larian 37.36s.

sumber:mstar online
08:20 0

Everton Tolak Tawaran Baru United Lepas Rasa Terhina

Marouane Fellaini
EVERTON menolak mentah-mentah bidaan terbaru Manchester United bernilai £28 juta ke atas Marouane Fellaini dan Leighton Baines selepas mereka berasa terhina dengan tawaran itu.
Kelab itu mengesahkan yang mereka telah menerima bidaan terbaru bernilai £16 juta untuk pemain antarabangsa Belgium, Fellaini dan £12 juta untuk pemain antarabangsa England, Baines.
Namun Everton menolak kedua-dua bidaan itu kerana berasa terhina dengan harga yang ditawarkan.
Serentak dengan itu kelab tersebut turut mengumumkan yang Baines dan Fellaini tidak akan dijual dalam tempoh pintu perpindaan ini dibuka sehingga 2 September depan.
Leighton Baines
David Moyes, yang merupakan bekas pengurus Everton telah memberi lampu hijau untuk mendapatkan dua orang bekas anak didiknya itu kepada pengurusan United.
Bagaimanapun, beliau tidak bertanggungjawab di atas nilai bidaan.
Pengarah Komunikasi baru Everton, Alan Myers, dalam satu kenyataan kepada laman web kelab itu berkata: "Everton kini boleh mengesahkan yang kami telah menerima tawaran secara rasmi daripada Manchester United untuk membeli dua orang pemain kami iaitu Marouane Fellaini dan Leighton Baines tetapi permintaan tersebut ditolak dengan segera kerana jumlah yang diletakkan tidak langsung masuk akal malah menghina."
Fellaini, 25, dibeli oleh Moyes pada harga £16 juta dari Standard Liege pada 2008.
Oleh yang demikian Everton menganggap harga yang ditawarkan United selepas lima tahun pemain itu berada di kelab berkenaan seolah-olah seperti tiada nilai.
sumber:mstar online
08:19 0

Arsenal Tawar Newcastle £10 Juta Untuk Yohan Cabaye

Yohan Cabaye
SETELAH mengalami kekalahan yang memalukan 1-3 di tangan Aston Villa pada hari pembukaan Liga Perdana Inggeris, Arsenal secara rasmi telah mengemukakan bidaan kepada Newcastle United untuk membeli pemain antarabangsa Perancis, Yohan Cabaye.
Harga yang diletakkan ialah £10 juta tetapi menurut laporan portal berita The Guardian, bidaan tersebut akan ditolak oleh Newcastle.
Pemain itu sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan dengan Manchester United, Paris Saint-Germain dan Monaco muncul sebagai pembida utama.
Namun sehingga musim baru bermula pada hujung minggu lalu, tiada apa yang menjadi kenyataan buat pemain berusia 27 tahun itu.
Adalah difahamkan, Newcastle hanya akan menjual pemain berkenaan jika ada kelab yang menawarkan £20 juta untuk Cabaye.
Cabaye menyertai Newcastle dua tahun yang lalu dan masih memiliki baki kontrak selama tiga tahun lalu.
sumber:mstar online
08:16 0

EPL: Menang Aksi Pertama, Mourinho Tetap Sasar Rooney

Jose Mourinho
PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho memberi amaran awal perebutan gelaran musim dengan menyaksikan kemenangan pertama 2-0 ke atas Hull City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat Ahad malam.
Sentuhan awal Mourinho yang kembali membimbing The Blues musim ini amat jelas, dan dalam masa sama dia tetap berusaha untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.
Pengendali ini dilihat tidak berputus asa untuk mengikat penyerang England itu sehingga jendela perpindahan akan ditutup pada 2 September ini.
Menurut kenyataan satu kenyaataan, sekiranya percubaan ini gagal, Mourinho akan cuba lagi pada Januari ini apabila jendela perpindahan kembali dibuka.
Walaupun tidak menyebut nama Rooney tetapi Mourinho berkata: "Kamu tahu pemain itu, kami faham dengan situasi ini, dan sentiasa di landasan yang betul."
Kelab Chelsea akan membuat sekali lagi tawaran pada minggu ini, dipercayai dalam anggaran £40 juta (RM205 juta) bagi mendapatkan penyerang tersebut.
Sementara itu, pada aksi bertemu Hull City, jaringan kemenangan dilakukan oleh Oscar pada minit ke-13, manakala gol kedua dicatat oleh pemain veteran, Frank Lampard m-25
sumber:mstar online
08:11 0

Wanita Terpantas Di Muka Bumi

ATHLETICS-WORLD-2013-200MRatu pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce menjadi atlet ketiga yang menguasai dua cara pecut wanita selepas menjuarai acara 200 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2013 di Stadium Luzhniki kelmarin.
Fraser-Pryce, 26, yang mempertahankan gelaran juara dunia dalam acara 100m, Isnin lalu mencatat masa terpantas 22.17 saat (s).
Pemenang pingat perak acara 100m, Murielle Ahoure dari Ivory Coast sekadar berpuas hati di tempat kedua selepas kemenangan ditentukan menerusi photo finished, manakala atlet Nigeria, Blessing Okagbare di tempat ketiga dengan catatan masa yang sama iaitu 22.32s.
Bagaimanapun, juara dunia tiga kali, Allyson Felix dari Amerika Syarikat gagal menamatkan larian selepas terjatuh
Fraser-Pryce melakar sejarah tersendiri apabila menyamai rekod dua atlet Jerman Timur iaitu Silke Gladisch (1987) dan Katrin Krabbe (1991) yang menjuarai dua cara pecut.
“Kemenangan ini memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen.
“Saya tidak kurang gemar dengan acara 200m tetapi kini, saya menyedari apa sekalipun yang bermain di fikiran saya, saya mampu melakukannya.
“Sungguh malang dengan apa yang berlaku kepada Felix, sangat sedih dan saya harap dia akan sembuh segera,” kata Fraser-Pryce yang memenangi acara 100m dengan margin yang sangat besar dalam sejarah kejohanan dunia.
Pada aksi kelmarin, Ahoure dan Okagbare bersaing sengit sehingga ke garisan penamat, sekali gus memberikan pingat pertama kepada Afrika dalam sejarah pada kejohanan dunia. – AFP