Searching...
Monday, 19 August 2013
08:11 0

Wanita Terpantas Di Muka Bumi

ATHLETICS-WORLD-2013-200MRatu pecut Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce menjadi atlet ketiga yang menguasai dua cara pecut wanita selepas menjuarai acara 200 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Dunia 2013 di Stadium Luzhniki kelmarin.
Fraser-Pryce, 26, yang mempertahankan gelaran juara dunia dalam acara 100m, Isnin lalu mencatat masa terpantas 22.17 saat (s).
Pemenang pingat perak acara 100m, Murielle Ahoure dari Ivory Coast sekadar berpuas hati di tempat kedua selepas kemenangan ditentukan menerusi photo finished, manakala atlet Nigeria, Blessing Okagbare di tempat ketiga dengan catatan masa yang sama iaitu 22.32s.
Bagaimanapun, juara dunia tiga kali, Allyson Felix dari Amerika Syarikat gagal menamatkan larian selepas terjatuh
Fraser-Pryce melakar sejarah tersendiri apabila menyamai rekod dua atlet Jerman Timur iaitu Silke Gladisch (1987) dan Katrin Krabbe (1991) yang menjuarai dua cara pecut.
“Kemenangan ini memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen.
“Saya tidak kurang gemar dengan acara 200m tetapi kini, saya menyedari apa sekalipun yang bermain di fikiran saya, saya mampu melakukannya.
“Sungguh malang dengan apa yang berlaku kepada Felix, sangat sedih dan saya harap dia akan sembuh segera,” kata Fraser-Pryce yang memenangi acara 100m dengan margin yang sangat besar dalam sejarah kejohanan dunia.
Pada aksi kelmarin, Ahoure dan Okagbare bersaing sengit sehingga ke garisan penamat, sekali gus memberikan pingat pertama kepada Afrika dalam sejarah pada kejohanan dunia. – AFP

0 comments:

Post a Comment