Searching...
Sunday, 29 November 2015
06:34 0

“Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,''-kes buli pelajar seperti anjing..lihat video ini



RAKAMAN video pelajar lelaki yang dibuli dan diperlakukan seperti binatang oleh beberapa individu menjadi viral di laman sosial.
Rakaman yang dimuatnaik di laman Facebook Friends Of PDRM itu, dipercayai dirakam di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Menerusi video, mangsa yang berpakaian kemeja putih kelihatan diikat tangannya di belakang badan sebelum ditampar berulang kali dan ditumbuk di tubuh dan muka oleh beberapa individu.
Mangsa yang diikat dengan rantai di lehernya turut diseret oleh salah seorang pembuli.
Dah macam anjing… binatang dah… Tercekik anak orang tu,” kedengaran perbualan antara dua lelaki yang turut terakam.
Dua lelaki lain yang berpakaian kemeja putih turut kelihatan merangkak menggunakan perut, pada saat-saat akhir rakaman video itu, dipercayai juga mangsa buli.
Menurut info, perbuatan buli ini dilakukan oleh pelajar-pelajar senior kepada pelajar yang baharu memasuki IPT terbabit.
Video kejadian mendapat kritikan netizen yang terkejut dengan tingkah laku buruk secara beramai-ramai itu.
Pengguna Facebook, Norhasrizatun Nani meluahkan rasa terkejutnya terhadap tindakan keganasan dan mengkritik mereka yang merakamkan video itu yang disifatkan hanya menjadi penonton.
Saya tak faham dengan orang zaman sekarang, merakam sesuatu tanpa membantu. Menyakitkan hati betul dengan pemikiran orang seperti ini,” tulisnya di ruangan komen video.
Seorang lagi pengguna, Fakhrul Radzim berkata, “Saya tidak percaya mereka boleh memperlakukan orang lain seperti itu.”
“Tengok bahagian akhir video, pelajar terpaksa merangkak menggunakan perut. Teruk kena buli, ini mesti pelajar baru,” komen pengguna Facebook, Mohd Faizal Redzuan yang kemudian membuat kesimpulan bahawa perbuatan buli adalah sebahagian daripada perkara biasa dilakukan di IPT itu.
– MYNEWSHUB.CC
06:05 0

Pelajar rajin ke sekolah kerana dapat guru paling cantik di Korea..Lihat gambar dan video ini.

SEOUL – Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup ‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru tersebut.
Terbaharu, beberapa foto menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen di ‘negara kimchi’ berkenaan.
Kejelitaan dan kecomelan tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media sosial tempatan yang melihatnya.
Wanita bernama Lee Nayeong tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik paling cantik di Korea Selatan.
Umumnya selama ini, kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.
Namun, berbeza dengan kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang manis secara semula jadi itu.
Ketika masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan yang terkenal, Miss Korea.
Kecantikan dan bakat Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’ berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
lee nayeong1
lee nayeong2
lee nayeong3